I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 30 Disember 2011

Kepentingan kreativiti dalam pendidikan seni visual


1.0 Pengenalan Kreativiti

· Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.

· Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.

· Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.

· Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuatmetafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.

1.1 Definisi Kreativiti
· Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.

· Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

· Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala, Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).

· Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti.

· Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

· Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dandimensi lain (analogi).

· Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

· Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.


Seni tampak


Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.

Pengertian
Seni
Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian.
Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang.

Seni visual dan pendidikan
Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kami sentiasa bertembung dengan barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahgian daripada kurikulum di sekolah dan institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui Internet supaya mereka diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM. Subjek ini adalah mustahak kerana ia adalah ilmu asas bagi mereka yang akan mngikuti senireka dalaman, senireka grafik, senireka automobil, fesyen, tekstil dsb.
Dua aspek utama dalam sukatan pelajaran STPM Seni Visual ialah Apresiasi Seni Visual dan Penghasilan Seni Visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada empat komponen, iaitu
(a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)
(b) Lukisan dengan menggunakan media kering seperti pensel, arang, krayon dsb.
(c) Projek Penghasilan Karya dan portfolio yang wajib diambil oleh pelajar sekolah.
(d) Khas untuk pelajar persendirian yang akan diuji teknik penghasilan secara teori

Keindahan
Setiap orang mempunyai persepsi terhadap keindahan yang lain. Sesuatu objek yang kelihatan indah mungkin tidaklah 'cantik' kepada orang lain. Jadi, mesej yang disampaikan serta maksud yang diterjemahkan ke dalam bentuk karya/hasil seni ini adalah amat penting. Contohnya, seseorang anggap poster yang mempunyai sebaris perkataan "A Star is Born" dan ilustrasi seperti satu bintang di latar belakang yang gelap tidaklah begitulah cantik dan indah. Namun, ia adalah 100% indah jika ia dapat memenuhi kehendak untuk poster itu serta mesej yang disampaikan adalah ringkas dan jelas.
Oleh itu, keindahan dalam sesuatu hasil seni perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
Objek: Subjek yang menjadi fokus utama dalam suatu karya (contoh: figura manusia dalam poster konsert)
Komposisi: Unsur seni dan prinsip seni yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya (contoh: garisan pada suatu lukisan dengan warna harmoni digunakan)
Tema: Tajuk dan fokus penting untuk sesuatu karya (contoh, derma darah adalah sasaran penting dalam suatu poster)
Makna: mesej di sebalik suatu karya adalah jelas
Fungsi: Fungsinya adalah fungsi estetik ataupun fungsi penggunaan atau kedua-duanya

Bidang seni visual
Dalam seni visual, bidangnya adalah seperti berikut:
Seni halus: lukisan, catan, cetakan dan arca
Visual Komunikasi: seni reka grafik dan multimedia (animasi dan laman web)
Seni reka teknologi: fesyen, tekstil, automobil, seramik
Seni reka persekitaran: landskap dan seni reka dalaman

Peranan sosiologi seni visual
Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran yang agaik sama. Tidakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, manusia anggap orang yang mempunyai HIV positif adalah daripada kumpulan homoseksual. Jadi, anggapan (sub-budaya) adalah tidak semestinya betul, sebaliknya adalah dipengaruhi oleh fikiran orang lain dan persekirannya. Contohnya, adalah seseorang yang pembawa HIV semestinya tergolong di kumpulan homoseksual? Dalam kajian seni visual, sosiologi adalah memfokus kepada pandangan manusia terhadap penghasilan sesuatu karya. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap golongan yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah bagi orang yang tidak mampu belajar. Pandangan ini adalah salah satu kajian tergolong dalam sosiologi berdasarkan kajian seperti soal selidik dsb. Namun, peranan sosiologi dalam seni visual adalah lain. Ini bermaksud kegunaan seni visual dalam kehidupan individu dan masyarakat.

Antara peranannya dari perspektif sosiologi adalah seperti berikut:
Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara ringkas.
Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri.
Komersil / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.
Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di merata-rata tempat.
Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.
Persekitaran: penggunaan grafik adalah cara yang paling mudah bagi memupuk semangat mencintai alam
Ritual / Upacara: banyak karya seni mempunyai ciri-ciri keagamaan dan kebudayaan yang mana ianya menggalakkan pemujaan serta mengukuhkan sesuatu kaum.

Peranan psikologi seni visual
Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan gerak balas sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psikologi yang berlainan terhadap sesuatu objek dan keadaan. Jadi kesan psikologi boleh diaruhkan secara visual seperti emosi dipengaruhi dengan foto.

Rabu, 28 Disember 2011

Ciptaan Kreatif




















kreativiti dalam pembuatan botol minuman..,




Bentuk rekaan bungkusan sesuatu produk dapat menarik pelanggan,terutamanya rekaan yang sangat menarik dan lain dari lain.Jadi jom kita tengok beberapa bentuk bungkusan yang menarik ni.

Kotak Jus Minuman
Kotak jus dibentuk dalam cara yang tak mengikut kebiasaan,yang dengan segera dapat menarik perhatian korang terutama jika diletak dengan kotak minuman jus yang lain.

Botol Susu Soya Mamelle
Botol susu soya,tengok pun dah tahu bentuk apa,bentuk tetek lembu.

Bungkusan Buah Segera

Botol 'Sport Drink Dumbell'
Setiap botol berat kurang 0.5kg.Lepas minum,boleh bersenam

Botol 'Silhouette'
Silhouette:Berkonsep untuk mencipta bentuk inovatif yang menawarkan geometri genggaman yang ideal

Bungkusan Susu
Ia mempamerkan kandungan produk dalam cara yang paling ringkas,melalui perkataan dan imej.

Bungkusan Air Kelapa

Botol 'Gloji'
Botol minuman yang berbentuk seperti mentol.

Kotak Jus Minuman Oleh Naoto Fukasawa
Direka oleh pereka Jepun Naoto Fukasawa yang mencipa satu siri bungkusan minuman jus yang kreatif yang kelihatan seperti buah yang terdapat di dalamnya

'Blood Bag Energy Drink'
Err,yang ni agak pelik sikitla bagi aku.........Benda ni sebenarnya adalah bungkusan minuman tenaga campuran buah bukannya darah tau....

Botol Gatorade oleh CadĂș Gomes
Botol yang berbentuk seperti huruf G

Botol 'Y Water'
Tadi botol bentuk G,ni plak bentuk Y..bentuk F takde ke....Direka dengan menjadikan kanak kanak sebagai sasaran utama.Botol yang kosong menjadi mainan seperti lego dengan penyambung,yang dikenali sebagai 'Y Knot,merupakan mainan utk kanank-kanak juga.