I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 26 Disember 2011

SENI TAMPAK MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI


1.Pengenalan
           Tiada yang paling menggembirakan apabila dapat menghasilkan sesuatu yangindah dalam lukisan.  Selain lukisan, termasuklah lain-lain karya seni tampak dengan matlamat yang dituju oleh pembuat seni agar karyanya menjadi sempurna.  Laluan  untuk  mendapat  kesempurnaan  bagi  diri  pembuat  seni  itu untuk keperingkat yang lebih  berwibawa adalah laluan yang sukar.  Picasso sendiri  menempuh   zaman-zaman  kesukaran  sepanjang beliau berkarya.  Ramai di antara kita sedar dalam dunia seni yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan adalah bidang yang menyedarkan kita tentang dunia seorang pembuat seni.  Dunia  seni  itu  dipenuhi  dengan  kreativiti,  proses  demi  proses  yang membentuk  seorang pembuat seni itu berhadapan dengan dua jenis penciptaan. Sama  ada  penciptaaan  yang wujud dari proses peniruan atau gabungan pengalaman  bersama  peniruan  yang  diterjemahkan  sebagai karya asli. Ertinya walaupun dunia pembuat seni dipenuhi dengan unsur-unsur representasi yang,namun di sebaliknya perlu ada kreativiti dan inovasi sebagai karya ciptaan sendiri.
2.Kenapa Perlu Kreatif di dalam Seni?
Kenapa mereka yang menghasilkan karya seni perlu kreatif adalah persoalan yanglazim ditanya. Adakah persoalan kreatif itu timbul dari kehendak diri sendiri. Darikaca mata orang bukan seni, mereka  boleh membuat kesimpulan sendiri yang tidak  sama  dengan  dunia  seorang  pembuat  seni.  Orang bukan seni bolehmenimbulkan persoalan tentang apa itu seni? Setiap kali persoalan ini ditimbulkan,rasa tidak puas hati akan datang. Perkataan seni timbul dari bahasa Latin “ars” dan dalam  bahasa Inggeris perkataan seni sekurang-kurangnya membawa 26 makna dan hanya sebahagian  kecil yang masih digunakan. Terdapat tiga golongan yang masih menggunakan perkataan  seni iaitu dikaitkan dengan “artifice”  dan ia membawa makna tiada sesuatu pun yang dibuat oleh tangan  manusia dan tiada berkaitan dengan alam.  Maksud yang lain ialah aplikasi kemahiran tentang  reka bentuk, melukis, membina arca dan sebagainya. Ini membawa makna yang lazim digunakan dan tertera dimana-mana kamus sebelum tahun 1880. Makna dari golongan ketiga ialah ada perkaitan dengan perkataan lain yang cuba diaplikasikan ke dalam seni yang mana seni diguna pakai dalam industri atau perdagangan tembikar dan reka bentuk grafik. Juga digunakan seni itu dalam “plastic art”  iaitu merujuk pada bahan atau model yang diperbuat daripada objek-objek padu.   Seni yang ditambah dengan perkataan halus menjadi seni halus dalam pemikiran falsafah yang merujuk kesan keindahan jelmaan di sebalik pemikiran dan hal benda.  Apapun  setiap  hasil  seni  yang dijelmakan melalui pemikiran akan ada cetusan kreatif dan penonjolan inovatif. Kembali  kita pada persoalan kenapa perlu kreatif dalam seni, boleh dirujuk kepadapembuat seni dan reaksi yang berbentuk dalaman di mana sentiasa melonjak-lonjak untuk merakamkan sesuatu yang berlaku.




Dua alternatif yang dapat  dikesan secara  sedar  dan  tanpa  sedar  boleh  menjadi  panduan  untuk  sesiapa  yang tergolong sebagai pembuat seni menilai kembali sejauh mana cetusan kreatif dan pengkayaan  inovatif dilakukan iaitu:
a)Meneruskan penghasilan karyanya
b)Melahirkan karya dari tekanan
c)Untuk segera menghasilkan sesuatu yang indah
d)Untuk ekspresif diri
e)Untuk meneruskan perjuangan
f)Sebagai suatu penyebaran pengetahuan
g)Untuk mengaitkan martabat diri dalam kehidupan menerusi status dan wangringgit
h)Sebagai suatu kemuliaan
Antara tiga sasaran awal di atas iaitu untuk segera menghasilkan sesuatu yang indah  telah  menjadi  kajian  dalam teori permainan yang diperkenalkan oleh Friedrich von Schiller dan John Huizinga. Manakala  Sigmund Freud mengkaji seni dari sudut teori terapi, manakala Roger Fry dan Alois Riegl melihat seni dalam teori bentuk yang membawa perjuangan seni untuk seni.  Akhirnya  Benedetto  cuba  mendekati seni dari sudut teori ekspresif.  Persoalannya kenapa pembuat seni yang ada terus berkarya.  Jawapannya  dapat dirumuskan dari dua sudut yang menjadi dasar iaitu untuk mencapai matlamat dan menjadikan seni sebagai saluran untuk mencapai cita-cita. Dasar yang kedua diyakini berpunca dari tiga sebab iaitu sama ada pembuat seni mahu menonjolkan kebolehan seninya atau tumpuan pembuat seni menjadikan seni itu sebagai  wadah  dan  seni  itu  dipilih  sebagai  suatu  perjuangan.    Apabila cinta terhadap seni sudah tidak berbelah bahagi dan menjadi darah daging maka pembuat  seni  mempunyai  alasan  tersendiri  untuk  mengatakan bahawa inilahpilihan dan jalan hidup mereka.Pembua t seni boleh terus berkarya untuk mengisi kekosongan makna dalam hidupantara dirinya atau diri dan kehidupannya. Fakta ini ada dalam minda dan difahami sewaktu  berkarya.  Secara ringkasnya dapat disenaraikan alasan-alasan  bagi menyokong  kenapa  pembuat  seni itu terus-terusan berkarya dan berkorban meletakkan diri dalam sempadan kreativiti dan inovatif.  Antaranya kepuasan diri adalah tujuan memenuhi ekspresif diri yang ada pada setiap  manusia.Ini dapat dipenuhi dalam pelbagai cara yang salah satunyamenerusi seni.  Bersandarkan  fakta ini dengan sifat manusia yang ada maka dapatlah  diluahkan  tekanan  secara ekspresif  sama  ada  berbentuk emosi ataupemikiran. Kedua-duanya dilahirkan oleh seniman-seniman  dalam  sejarah  seni misalnya Van Gogh dan Auguste Rodin. Kemunculan hasil karya dari seniman agung ini akan dikaji dan dijadikan teori dalam sejarah seni.  Secara langsung nilai kreatif  dan  inovatif  itu  diletakkan  di sudut yang tinggi apabila hasil karya itu mendahului zaman. Pernyataan  diri  melalui  seni  dapat dikesan dan tergambar melalui personaliti. Ramai seniman melukis dari apa yang diidamkan dan kenyataan ini boleh dikaitkan dengan Jackson Pollock yang menyatakan setiap karya seni adalah pernyataan diridari keegoan senian itu sendiri. Ia adalah peringkat paling bawah dalam sekala diri seseorang. Seniman ekspresionisme misalannya melepaskan emosi mereka melalui kesan pemiuhan sehingga melampau-lampau. Ada yang melalui mainan warna dijadikan simbol dalam karya yang cuba ditonjolkan ialah pemikiran disebaliksimbol warna itu. Pokok persoalan yang menjadi idea dan pemikiran itu  dapat dinilai  melalui  tajuk,  pemilihan  warna  dan  bentuk .  Berbeza  dalam Abstrak Ekspresionisme dan Neoplastisme, karya-karya yang diketengahkan sukar ditafsir melalui hal yang tersurat melainkan melalui pengalaman yang bersangkutanperibadi. Pengalaman yang tersendiri ini juga adalah ciri-ciri kreatif dan inovatif yang terpancar dari setiap hasil karya. Apa yang benar dan terbukti, hasil karyadari pengalaman akan terkandung idea dan pemikiran.Kesimpulannya kenapa seniman terus berkarya sehingga terlahir karya yang kayadengan kreativiti dan inovasi ialah antaranya:
•Mencari jawapan di sebalik kesangsian
•Mencari kepuasan diri
•Bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu
•Minat yang begitu mendalam
•Melepaskan rasa dalaman
•Keegoan diriElemen kreativiti dan inovasi itu ditunjukkan apabila karya itu berkitar pada diri dannilai seni itu. Nilai yang ada di sebalik keunikannya, keistimewaannya, kepelikanyang berpunca dari dalam diri.
3.Proses Kreativiti dan Inovasi dalam Berkarya
Pembuat seni yang berfikir dengan menggunakan otak kanan mempunyai sifat-sifat umum yang streotape, tergolong sebagai manusia yang tidak rasional dan gemar berintuasi. Secara umumnya golongan yang kreatif dan berinovatif secara spontan menjadi insan seni yang banyak menyumbangkan  idea dalam ciptaan seni sepertipenulisan novel, penggubah lagu, pemain muzik, pembikin filem. Secara umumnya juga golongan ini dikatakan bersifat keakuan, kelihatan sedikit gila-gila dan sukar difahami tingkahlaku mereka. Golongan ini banyak berkecimpung dalam seni  yang bergantung pada inspirasi dan bakat berbanding dengan tenaga keringat. Bakat yang lahir adalah anugerah istimewa dan sebilangan besar menonjolkan sifat-sifat kreatif  yang  berkualiti.  Apabila  ditanya berkenaan identiti, kebanyakannyamengingat kembali pada sejarah hidup Pablo Picasso  yang  tabah dalam mengharungi hidup. Begitu juga dengan Salvador Dali yang mempunyai sifat suka
berkhayal. Paul Gauguin suka menggembara dan Vincent Van Gogh pula dikatakan mempunyai sifat sasau. Sesungguhnya begitulah secara relatifnya sifat insan kreatif dan ada di antaranya yang  stabil dalam kehidupan mereka seperti Claude Monet, Auguste Renoir, Henri Matisse dan Andrew Wyeth. Secara praktikalnya, ramai seniman dan pembuat seni bersetuju dengan sifat streotape  yang  mereka  miliki. Secara keseluruhannya insan kreatif selalunya menempuh banyak kesukaran, banyak tekanan dan melakukan kerja-kerja yang membingungkan. Kehidupan mereka sama seperti orang lain yang penuh denganliku-liku kehidupan dan terpaksa ditempuh hari demi hari. Dalam mengkaji individu-individu yang tergolong sebagai insan kreatif, tidak dapat dihindari personaliti yang tertonjol membawa penampilan kelainan daripada orang lain. Ada sebilangannya suka melihat, berfikir dan merenung sesuatu idea secara intuisi dengan minda di bawah sedar sebagai sumber idea. Dalam bidang seni,insan yabg berperibadi kreatif meletakkan nilai yang tinggi pada kebenaran dankejujuran bersandarkan daya intelektual. Individu kreatif tidak selalunya cemerlang di sekolah kerana ada pergeseran hubungan dengan guru dan rakan sebaya. Insan kreatif dapat merasakan apa yang dilakukan oleh orang lain dan  begitu sensitif  dalam  hubngannya  dengan  persekitaran.  Mereka  mudah  dan segeramengenalpasti sesuatu kelemahan atau keganjilan lantas segera mencari alternatif lain yang sesuai tetapi tidak semestinya logik
4.Peringkat-Peringkat dalam Seni Tampak yang Membentuk Kreativiti danInovasi
Sudah berabad, misteri dalam pemikiran kreatif dicari. Sebilangan pengkaji Barat menemui proses kreativiti dalam penghasilan seni, tidak kira seni tampak dan lain-lain cabang seni melalui proses berperingkat iaitu:
•Peringkat Persediaan
•Peringkat Pengeraman (Inkiubasi)
•Peringkat Penerangan (Iluminasi)
•Peringkat Pengesahan
 4.1 Peringkat Persediaan
Adalah peringkat awal dalam pross berkreatif di mana segala masalah dikesan dan  mengumpul  maklumat-maklumat yang relavan dalam menangani sesuatumasalah. Atau menangani sesuatu yang baru untuk dijadikan bahan berkaryatetapi tidak menjurus pada keputusan muktamat.Pengumpulan maklumat ini dilakukan secara berproses untuk membantu mencarimatlamat yang munasabah dalam menangani masalah yang timbul secara bebas dari pelbagai sudut. Proses ini juga dikenali sebagai “sumbangsaran”. Peringkat persediaan ini bergerak lancar, mudah dan fleksibel dalam melahirkan banyak idea sebagai suatu proses untuk mendekati masalah secara lebih dekat dan berfokus. Pendekatan  ini  penting  kerana  idea-idea  awal  yang  lahir  nanti  kemungkinan menjadi  relevan,  bernilai  dan  dirombak  semula.  Kaedah sumbangsaran lebihproduktif untuk perbincangan secara kumpulan berbanding idea yang lahir secaraindividu atau perseorangan.Dalam proses berkarya peringkat persediaan ini adalah suatu perjalanan yangmenyulitkan kerana masalah yang wujud diperhalusi sebelum idea-idea sebenar lahir dalam karya masing-masing.  Pembuat seni yang berjaya  mengharungi peringkat  persediaan ini telah  bersedia dari segi mental untuk meneroka dan membongkar banyak idea-idea tersembunyi  yang tidak diduga dan ini melibatkan berbagai aktiviti seperti melakukan pelbagai lakaran, ujikaji bahan, media, alatan,kesan tekstura, komposisi dan olahan imej. Aktiviti-aktiviti awal ini berkembang kearah menyusun imej visual dan merangsang  persepsi.  Aktiviti awal ini banyak melibatkan minda, mencatat, menulis sesuatu yang relevan dengan sejarah seni,secara khususnya melakukan kajian ke atas hal benda. Peringkat persediaan ini mengambil waktu berjam-jam, berbulan dan bertahun dan selesai sehingga semua pendedahan, pembongkaran telah dilakukan sehinga tidak ada lagi idea-idea baru.





4.2 Peringkat Pengeraman
Merupakan peringkat aktiviti yang mudah iaitu berhenti seketika daripada memikirkan permasalahan yang timbul di peringkat awal persediaan. Sebaliknya mengalih fikiran kepada perkara lain. Dalam peringkat ini, seorang pembuat seni itu telah menerima banyak persoalan dan idea-idea yang dikumpulkan  pada peringkat persediaan yang lahir di bawah sedar yang tidak tersusun di dalam minda.  Jangkamasa yang pendek digunakan pada peringkat pengeraman ini untuk merenung kembali  idea-idea di samping meluangkan waktu untuk merehatkan minda. Iaadalah proses pengeraman  idea yang hanya berlaku dalam otak.
4.3 Peringkat Penerangan
Merupakan tingkat ketiga dalam proses kreatif dan inovatif melalui sifat yang tidak diduga dan dijangka. Ia menonjolkan tatacara dari idea-idea yang datang untukmenyelesaikan masalah. Kadangkala ia dikenali sebagai sebutan aha! atau eureka!Sebagai suatu pengalaman kepada seorang pembuat seni, inilah bentuk dalampengkaryaan yang dilihat jelas melalui mata dan minda ke suatu arah di mana fenomena yang timbul dijadikan pengalaman. Seorang  saintis  bernama Friedrich  Kukele  telah bekerja untuk menyelesaikan masalah struktur molikul dalam banzin. Jawapan yang datang kepada beliau dalam imej mimpi iaitu seekor ular dengan ekornya berada pada mulut. Manakala  konsep graviti yang ditemui oelh Sir Isaac Newton pula bermula dengan buah epal yang  jatuh ke bawah apabila dilambung ke atas . Kualiti yang ada  di peringkat penerangan  adalah  pengalaman  yang  dapat menghasilkan pemikiran  dan penghasilan karya kreatif.  Kualiti kreativiti  inimerupakan tanggungjawab pembuat seni berinspirasi dan menggambarkan semulaimej dalam gila-gila. Idea kreativiti bersama inovasi diwujudkan untuk kelihatan aneh, mistikal dan tidak munasabah sehingga tanpa disangka-sangka mendapat suatu kuasa  semulajadi  yang amat  dasyat  melalui anugerah bertuah kepada individu-individu tertentu.  Peringkat penerangan atau iluminasi  selalunya menjadi kebiasaan padafenomena-fenomena biasa.  Contohnya anda terlupa nama seseorang,  anda akanmengingat kembali. Mencuba dengan awalan-awalan huruf dan cubaan mengingatkembali nama-nama orang yang anda kenali dan cuba mevisualisasikan kad-kad perniagaan.  Iluminasi cuba mendekati kesedaran secara terperinci sesuatu masalah dan menyediakan proses mental untuk melangkah setapak ke peringkat pengeraman maksudnya melangkah setapak undur ke belakang.
4.4 Peringkat Pengesahan
Juga dikenali “verification”  adalah langkah terakhir dalam proses kreatif untukmenguji realiti atau kualiti iluminasi. Sesiapa yang lupa dan tertinggal sesuatu bagiFriedrich Kukele ini bermakna suatu pembentukan semula berlaku di peringkatiluminasi kepada pembuat seni dan ia bererti menghasilkan  karya yang sebenar  benarnya.  Kadangkala  langkah  pengesahan disemak  semula  apabila adakelemahan di peringkat iluminasi dan peringkat pengeraman akan diulangi lagi. Dengan  melihat pemeringkatan dalam proses kreativiti, hanya segelintir ideasahaja dari keseluruhan idea yang boleh diproses dan dapat diterima sebagai ideayang baik dan berkembang menjadi suatu inovasi.


5.Kesimpulan
            Untuk memahami sumbangan seni tampak dalam mendorong proses kreativiti dan inovatif secara dinamik, peraturan yang digunakan ialah perkembangan persepsi dalam seni tampak itu perlu disuburkan. Sejak dari awal lagi proses dan fungsi nya yang aktif diasuh melalui latihan apresiasi. Ianya berhubungan dengan manusia yang pada dasarnya  mementingkan konsep minda  untuk  diterjemah menjadi sesuatu yang terbuka.  Dalam mengkaji perkembangan kreativiti, J. P. Guilford seorang ahli psikologi yang membuat ujikaji di dalam bidang kreativiti mengenalpasti dua paten yang signifikan dalam proses berfikir. Pertamanya ialah pemikiran “convergent”  (pemusatan) yang menerangkan perihal proses intelektual. Manakala pemikiran “divergent”  (bercapah) mempunyai hubungan yang lebih jelas dengan proses kreatif yangmedorong kemampuan sedia ada secara unik. Penggunaan  kemahiran membentuk imej dan bakat dapat dirancang dengan baik melalui konsep yang diperkukuhkan ke dalam sistem baru. Keduanya, secara keseluruhan paten-paten dalam proses berfikir menjadi dasar penting dalam penghasilan sesuatu karya kreatif.  Dalam proses eksprimental atau penerokaan adalah sesuai suatu jalan penyelesaian diambil dengan menjuruskan permasalahan secara terperinci. Dalam hal ini pemikiran “divergent”  terbukti lebihberkesan. Namun di dalamnya ada penyusunan dan sintesis dari penerokaan yang dibuat. Kenyataan Guilford  meletakkan  kebanyakan  pengalaman dalam pendidikanmenerusi kurikulum pada masa kini tertumpu pada pemikiran “convengert” yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi dan diserapkan ke minda pelajar pelajar. Oleh itu kurikulum itu sarat dengan pengajaran dan pembelajaran fakta serta data yang perlu dihafal. Perkembangan ini menyebabkan bakat yang istimewa,  kemahiran  kreatif  yang  tersendiri pada seseorang  individu itu tidakdipandang penting.  Walaubagaimanapun  jika perkembangan dalam kemahiran kreatif dan inovatif ini dijadikan objektif utama, mungkin bakat dan kemahiran kreatif pelajar dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Guilford  menyenarai  sifat kreatif yang dikenalpasti ada pada seseorang bolehmemberi kesan ke atas individu seperti berikut:
•Kesan kreatif dalam seni tampak melahirkan individu berfikiran terbuka
•Kesan kreatif melalui penerokaan dalam seni tampak menjadikan seseorangindividu dapat menerangkan sesuatu dengan panjang lebar 
•Insan yang kreatif berfikiran reflektif iaitu berfikir dan memantul kembalimenjadi idea-idea inovatif boleh ditemui dalam seni tampak
•Insan yang kreatif mempunyai perasaan yang bertolak ansur pada sesuatukekaburan
•Insan yang kreatif cenderong menyebelahi desakan hati
•Insan yang kreatif tegas diri dan mencari idea yang boleh memudahkanorang lain
•Insan kreatif menyanjungi keindahan sebaik mungkin Terdapat asas-asas yang secara umum dikatakan sebagai teori tentang kreativitiyang mudah dan mampu untuk diaplikasi dalam seni tampak:
•Aktiviti kreatif dalam seni tampak memainkan peranan di dalam perkembangan peribadi
•Kemahiran kreatif patut disebarkan secara lebih menyeluruh dalam lain-lainbidang dan tidak terbatas kepada individu tertentu dalam bidang seni sahaja
•Kesan dari aktiviti kreatif bukan sahaja membawa manfaat kepada diriperibadi tetapi lebih kepada koordinasi dan fungsi manusia Akhirnya dirumuskan oleh Dewey iaitu beliau menyatakan, “aktiviti kreatif tidak boleh dipisahkan dari keadaan semulajadi manusia. Ia harus dikembangkan menjadi suatu proses”.


Rujukan:
Carolyn M.Bloomer.
Principles of Visual Perception. London: The Herbert Press,1990D.W.Gotshalk.
 Art and the Social Order . New York: Dover Publications, Inc., 1985Joseph H.Kranse.
The Nature of Art . N.Jersey: Prentice Hall, Inc., EnglewoodCliffs, 1990Louise dunn Yochim.
Perceptual Growth in Creativity. Pennsylvania:International Textbook Company, 1987

Tiada ulasan:

Catat Ulasan