I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 5 Mac 2012

Apa itu ARCA?


Pernahkah anda melihatnya
Maksud:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Di mana?

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Tahukah anda jenis – jenis arca?

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

•Arca Asemblaj
Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to New York”, karya Jean Tinguely

•Arca Binaan
Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan.

•Arca Luakan

Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung “David” karya Mochelangelo

•Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

•Arca Tambahan
Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.

•Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

•Arca Stabail
Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.•Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj

•Arca Dinding
Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal adalah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.

Tahukah anda ciri – ciri arca?

•DIORAMA•
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.•Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.•STABAIL•Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.•Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.•MOBAIL•Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.•Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.•ASEMBLAJ•Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.Apakah bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca?DIORAMA•Bahan•Kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuaiMOBAIL•Bahan•Dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung.MODEL•Bahan•Gam, pin, dawai kokot, pita pelekat , kadbod, kertas warna dan bahan kutipanSTABAIL•Bahan•Dawai, tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung

ARCA


Perkataan arca atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
1. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.
2. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri - ciri 3Dnya.
3. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas, tetapi arca terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
4. Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika.
5. Arca bentuk berfungsi merupakan barangan 3D yang boleh digunakan di samping ciri-ciri estetikanya.
6. Terdapat juga arca berfungsi yang hanya digunakan untuk upacara keagamaan dan kebudayaan. Contohnya patung dan topeng kaum Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan roh dan semangat.
7. Arca berfungsi dalam bentuk patung atau stupa juga banyak didapati pada bangunan tokong, kuil, dan gereja.
8. Suku kaum Iban, Kenyah, Kelabit, Penan, Kajang, Melanau, dan Bidayuh di Sarawak menghasilkan arca ukiran kayu bentuk tradisional dengan ciri-ciri tradisional untuk digunakan pada sesuatu upacara adat istiadat yang tertentu.
9. Arca bentuk estetika tidak mempunyai fungsi khas tetapi merupakan bentuk ciptaan pelukis hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya sahaja.
10. Arca jenis ini biasanya dipamerkan di galeri.
11. Bentuk arca estetika bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak, terpulang kepada kebijaksanaan dan pilihan pengarca yang menciptanya.
12. Pelbagai bahan dan teknik boleh digunakan.
13. Arca yg paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca - arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenian pada kira-kira 8000 SM.
14. Zaman tamadun - tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan - bahan yang berlainan.
15. Pada zaman itu, benda -benda dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan kerana fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
16. Michelangelo Buonarroti (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Antara ciptaannya yang paling masyhur iaitu David.
17. Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah seorang berbangsa Inggeris bernama Henry Moore dan Alberto Giaeometti, seorang warganegara Switzerland (190l-1966).
18. Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya ke bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan - bahan buangan lain.
19. Di samping teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.
20. Terdapat juga arca yang bergerak dan berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.
21. Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.
22. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.
23. Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, dan Lee Kian Seng.
24. Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang teristimewa di Malaysia.
25. Di situ kita dapat menyaksikan enam buah karya arca hasil kreativiti pengarca - pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, dan Malaysia.
26. Kini, arca telah menjadi karya seni yang kian popular.
27. Arca sering dipamerkan di ruang legar hotel, kawasan bangunan institusi atau pertubuhan, bulatan simpang empat, taman rekreasi, taman kanak-kanak, kawasan peranginan, dan ruang yang sentiasa dikunjungi orang ramai.

SENI ARCA


Sculpture, Arca

Maksud Arca

Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik. Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak.

Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.

Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori arca boleh dibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Ciri-Ciri Arca yang baik dan kreatif

Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingin diketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yang dihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan pengkarya.

Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai penggunaan bahan dan media. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai penggunaan bahan dan media dapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema.
Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arca membuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh.

Pengkarya arca akan dianggap dapat menghasilkan sebuah arca yang baik apabila berjaya mempelbagaikan bahan yang diadun atau dipasang dengan baik. Arca khususnya asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik.Arca yang baik dan kreatif juga haruslah berjaya mengaplikasikan asas seni reka, estetika dan etika pengkaryaan. Objek akan digubah berdasarkan asas seni reka. Apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.

Akhir sekali yang paling penting dalam menhasilkan sebuah arca yang baik dan kreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian, ciplakan adalah satu kelemahan lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan komersial. Arca yang dihasilkan haruslah hanya satu dan tiada ditempat lain.

MENIKMATI DAN MENGHAYATI SENI ARCA

JIKA arca boleh dinikmati di sekeliling ruang, boleh dihayati dan disentuh seluruh permukaannya, tentu arca itu suatu objek yang istimewa. Ia menawarkan kepada penikmat untuk menghayati bentuk, kepadatan, saiz, isipadu di samping meletakkan emosi rasa bersamanya. Tentu lebih istimewa lagi, apabila arca dijadikan penghias laman. Menggubah ruang menjadi lebih indah dan bermakna. Arca boleh diletakkan pada lantai, digantung, pindah alih, dibiarkan tetap atau dapat dipasang dan dibuka.

Fungsi arca dan manfaat kepada orang ramai juga tidak dapat dinafikan di samping keindahannya. Itulah interpritasi yang meletakkan nilai arca sebagai suatu objek seni dan berfungsi.

Perkataan arca yang berasal dari perkataan Latin ‘sculpere’ merujuk makna pada proses ukiran dan potongan. Dalam zaman Greek, bentuk tubuh manusia juga dianggap arca yang meliputi susunan fizikal iaitu harmonis, seimbang dan perhubungan jitu dalam keseluruhan bahagian. Segalanya ini adalah konsep penyusunan artistik yang menjadi sebahagian daripada definisi apa itu arca.

Peralihan masa, merubah perkembangan seni arca ke arah moden yang melihat perubahan sains dan mesin sebagai teknologi hinggakan arca distrukturkan menjadi abstrak dalam seni. Manakala fungsinya turut berubah dari nilai indah digabung kepada sifat yang berfungsi seperti automotif, telefon, peralatan industri, perabut dan bangunan. Namun sifat-sifat asli sesebuah arca itu masih kekal mengikut prinsip harmoni, kadar banding, keseimbangan dan kepelbagaian.

Jika demikian apakah perbezaan antara arca dengan sebuah kerusi? Arca boleh diolah daripada objek lain menjadi satu rupa wajah yang baharu. Himpunan objek-objek sedia ada atau komponen-komponen sebahagian daripada objek asal dieksploitasi dan diolah sebagai untuk kewujudan satu objek baharu. Jika kerusi diletakkan pada situasi ini, maka ia diberi tafsiran sebagai arca. Dengan kedudukannya yang boleh berfungsi serta sekaligus membawa nilai-nilai estetika dari segi reka bentuk, keseimbangan, pengisian ruang dan pembikinannya boleh membantu kita menjadi jelas.

Sejauhmanakah kerusi itu diterima sebagai arca? Ini merupakan persoalan penghayatan dan kefahaman konsep yang boleh dirujuk pada Joseph Kosuth yang menafsir kerusi dalam karyanya “One and Three Chaire”. Di dalam karya tersebut dijelaskan tiga perbezaan realiti pada sebuah kerusi. Pertamanya ialah realiti pada kerusi sebenar yang boleh disentuh dan boleh dilihat dalam fotografi dengan imej yang sama serta satu definisi, apa itu kerusi, petikan dari kamus, dicetak dan ditampal pada dinding. Realiti kedua ialah fotografi tentang kerusi sahaja, tetapi imejnya dalam ilusi. Realiti ketiga ialah definisi secara lisan yang jelas menerangkan tentang sebuah kerusi.

Kesimpulan yang dinyatakan oleh Joseph ialah idea tentang bentuk yang diberi definisinya telah meletakkan makna kerusi itu dalam minda dan ia adalah realiti berhubung konsepsual. Karya ini menonjolkan idea tentang sebuah kerusi menerusi pendekatan makna atau ‘signifying’. Dari hujahan ini kerusi boleh ditafsir sebagai arca dan cara Joseph berkreatif menyampaikan ideanya yang menjurus kepada seni yang dipanggil seni konsepsual. Aliran seni konsepsual mula diperkenalkan pada awal 1960-an yang mengenengahkan falsafah artistik secara ekspresif yang menjadi penerokaan kepada penganut seni Dada.

Contoh karya yang mengeksploitasikan objek-objek seni sedia ada yang digelar objek ‘ready-mades’ telah mengangkat seni arca ke arah dimensi baru. Seniman Marcel Duchamp telah mempelopori penerokaan ini melalui objek mangkuk tandas. Manakala di Malaysia, contoh terdekat ialah Piyadasa yang menjadikan kerusi sebagai arca dan digabungkan bersama sifat dan ciri-ciri dua dimensi. Melalui cara ini penampilan dan peragaan sebuah hasil seni arca boleh dikaitkan dengan pendekatan seni konsepsual.

Seniman seni konsepsual begitu taksub dengan idea atau konsep sebagai permulaan yang dianggap penting dalam sesebuah karya. Segala perancangan dan keputusan yang dibuat sebelum berkarya dianggap idea yang bernilai seperti sebuah mesin yang menghasilkan karya seni dengan meletakkan idea dalam minda itu lebih penting sebelum objek seni sebenar wujud.

Sebagai objek yang tergolong bercirikan seni arca proses pembikinannya menggabungkan kemahiran pertukangan sebagai kemahiran menghasilkan kraf yang sama seperti dilalui dalam proses membuat sebuah kerusi. Kepingan dan batang-batang kayu dipotong untuk djadikan sebuah kerusi. Dengan teknik pertukangan, pengalaman membuatnya melibatkan kemahiran bersama ilmu estetik.

Keyakinan ini meletakkan objek-objek kraf bertambah dan mengalami perubahan reka bentuk sama seperti lukisan dan arca. Objek-objek ini dipilih untuk menghiasi ruang dalaman bagi mengisi sebahagian daripada persekitaran. Objek seni arca ini dihormati dan diberi peluang selain melihat ia juga boleh disentuh sama seperti kita menghayati objek-objek seni halus yang lain. Kesimpulannya, kerusi itu adalah objek kraf yang sekaligus sebagai objek arca. Juga tidak perlu dipertikaikan kerana kerusi itu memiliki rupa bentuk tiga dimensi maka ia juga adalah sebahagian daripada arca.

Lebih jelas lagi dalam menghubungkan kerusi sebagai sebahagian daripada arca dapat dibuktikan melalui salah satu dari empat cara tradisi dalam mencipta sesuatu objek arca, iaitu:

• Mengukir ke atas bahan yang keras dan pejal.
• Membentuk model dari bahan lembut.
• Tuangan cecair lebur yang terbentuk objek keras.
• Pemasangan bahan yang boleh disambung.

Maka jelas di sini, kempat-empat cara mencipta tadi telah menepati cara merekacipta sebuah kerusi sekaligus sebagai sebuah arca. Untuk pemasangan perlu kemahiran pertukangan seperti membuat tanggam dan sebagainya yang ada pada seorang kraf, juga perlu ada pada seorang pengarca. Jika ia sebuah kerusi kayu, maka perlu ditanggam atau dipaku. Jika ia sebuah kerusi besi, perlu kemahiran memotong dan megimpal.

Bagi Frank Lloyd Wright pengamal seni Bauhaus, beliau mengabungkan binaan, kejuruteraan dan seni ke dalam reka bentuk yang berhubungan dengan persekitaran. Kesatuan dalam idea diekspresikan menjadi kerusi dan Wright meletakkan objek kerusi dengan keseimbangan formal bersama unsur-unsur yang ada di dalam arca seperti pengulangan, kadar banding dan kehalusan.

Manakala ciptaan kerusi oleh Michael Coffey pada tahun 1975 dapat dirumuskan sebagai sebahagian daripada bentuk-bentuk kerusi yang disusun semula secara bebas bagi melahirkan sesuatu yang baharu. Bentuk baharu yang menjadi objek arca masih berdiri dengan ciri-ciri sebuah kerusi yang dibantu sebahagiannya dengan konsep seni arca kontemporari.

Kesimpulannya tidak banyak beza antara arca dengan sebuah kerusi. Secara langsungnya kerusi begitu mudah dieksploitasi menjadi arca sehingga nilai kerusi itu lebih tinggi dari sifatnya yang asal. Segala-galanya menjadi realiti apabila dalam minda itu terbina idea dan konsep untuk menjadikan kerusi itu raksaksa, kerusi antik, kerusi eletrik, kerusi Yang diPertuan Agong, kerusi malas, kerusi roda dan sebagainya. Jika begitu adakah boleh arca juga dimanipulasikan menjadi sebuah kerusi?

Arca dari sudut psikologi terbina daripada kesedaran dan pengalaman yang berkaitan dengan hidup. Apresiasi terhadap seni arca bergantung kepada kebolehan mengamati dan mentafsir bentuk tiga dimensi itu sendiri. Cara ini, arca dapat diterangkan dengan mudah. Jika sebelumnya dianggap salah satu seni yang sukar untuk dijelaskan, lebih sukar lagi dalam membuat apresiasi berbanding seni-seni yang lain yang mana seni lain melibatkan bentuk-bentuk rataan dalam dua dimensi. Bagi kita yang penting ialah belajar melihat hasil seni arca bukan sekadar untuk memahami rupa bentuknya, tetapi perlu memahami jarak kedalaman bentuk arca itu dan secara ilusinya memperkayakan pengamatan. Di sebalik karya tiga dimensi, unsur apresiasi perlu diperkembangkan terutama makna dalaman yang setiap satunya berbeza makna.

Pada asasnya untuk mendapatkan kepuasan apabila menatapi sesebuah arca memerlukan sentuhan selain melihat dari dekat dan mengelilingi arca tersebut. Fikiran yang menggambarkan sesuatu bentuk itu rata dan persepsi tersebut sahaja tidak mencukupi tanpa penghayatan. Jika tidak, ramai lagi yang bukan sahaja ‘buta bentuk’ malah langsung tidak menggunakan fikiran dan emosi sebagai keperluan membantu memahami bentuk-bentuk tiga dimensi dalam keseluruhan karya seni arca.

Arcawan perlu memikirkan bentuk-bentuk di setiap sudut yang membawa pengertian dan saling berkait. Bentuk-bentuk dan bentuk dalam bentuk yang membawa fungsi secara keseluruhan, mudah atau sukar untuk diterjemahkan bergantung kepada cara menikmati dan menghayatinya. Untuk mendapatkan rupa bentuk yang padu seperti bentuk yang asli, perlu difikirkan saiz dan perkadarannya serta kesempurnaannya apabila dipegang. Secara zahirnya kesan visualisasi yang kompleks dari bentuk ke bentuk yang berada di sekeliling arca itu memerlukan setiap sudut itu boleh dilihat. Cara ini membuahkan kesan apresiasi yang bukan mata sahaja menjadi penat, tetapi minda turut letih berfikir tentang titik pusat graviti, berat isipadu, kesedaran tentang satahnya dan ruang yang diisi oleh rupa bentuk dan udara.

Pemerhati yang peka perlu juga belajar merasai satah-satah yang mudah di dalam rupa bentuk dan memikirkan aspek luaran dan dalaman isipadunya. Contoh sebiji telur, secara ideanya adalah signifikan kepada permakanan dan telur simbol kepada melahirkan zuriat. Begitu juga kepaduan kulit siput, cendawan, gunung, tulang dan sebagainya yang apabila dihayati dan diperhalusi dengan mendalam suatu pengalaman berguna tentang bentuk dan kombinasi beberapa bentuk, dapat membuka langkah yang lebih jauh dan lebih sukar dalam membuat apresiasi.

Manakala bagi Brancussi, sebahagian daripada nilai tanggapannya telah menjadi pegangan penting dalam sejarah perkembangan arca kontemporari. Beliau mempunyai misi yang istimewa melalui penumpuan awal pada rupa bentuk yang sederhana untuk menglahirkan sebuah arca. Dari bentuk selinder, beliau meneliti bentuk yang satu itu untuk menjadi sebuah arca yang bernilai. Cara beliau melihat satu unit bentuk yang kaku dan diubah menjadi hasil yang tersendiri dan unik. Satu unit bentuk yang statik perlu dipecah-pecahkan dan mengalami kombinasi bersama beberapa bentuk-bentuk lain dalam pelbagai saiz, arah dan bahagian dalam keseluruhan bentuk.

Contoh figura manusia dianggap objek yang menjadi tarikan. Boleh diamati lebih mendalam tentang setiap bentuk yang wujud secara semulajadi. Antaranya tulang belulang, otot-otot, perkadaran yang unik dan sebagainya. Apabila dihayati dan diperhalusi maka pengalaman yang sangat berguna tentang perihal bentuk dapat membuka minda untuk terus menjelajah, meneroka setiap rupa bentuk yang baru dari cipta Ilahi.

Manakala Henry Moore menganggap lubang dalam sesuatu arca sebagai sebahagian daripada olahan seni. Bagi Henry Moore apabila beliau memungut batu-batu berlubang di pantai inilah permulaan pengalamannya yang membuatkan beliau menghormati batu-batu itu. Ia ditipu oleh batu dan menyedari bahawa setiap permukaan dan lubang pada batu ada mempunyai rahsianya dan ada tenaga kuasanya yang tersendiri.

Sebenarnya Brancusi dan Moore, dua arcawan yang berada dalam zaman moden pada umumnya dianggap sebagai pencipta asas arca berkriteria organik. Walaupun kedua-duanya berbeza, tetapi mempunyai pendekatan yang serupa dalam meletakkan tujuan dan asas estetika dalam seni arca.

Dalam menikmati dan menghayati seni arca, semangat yang ditunjukkan oleh seniman adalah semangat daya cipta yang kuat dan dapat meluaskannya dalam kehidupan bangsa. Hasilan seni arca memberi manfaat tersendiri selain untuk tatapan umum, ianya merakam dan menyimpan kembali hasilan seni untuk khazanah generasi akan datang. Melaluinya dapat dikenali tamadun bangsa, penggunaan bahan-bahannya yang merefleksikan kesan sejarah.

Kombinasi seni dan sejarah membantu memperkukuhkan jati diri menjadi bangsa yang berjiwa halus dan menyayangi hasil seni. Sumbangan mengangkat seni arca oleh mana-mana negara bangsa adalah sumbangan positif terhadap daya kreatif seni dalam penampilannya. Dua unsur antara seni dan sejarah saling berkaitan dan melengkapi bagi penyempurnaan pembinaan peribadi sebagai satu bangsa. Bermula dengan generasi kini yang berusaha menggarap dan mengabadikan seni arca di persekitaran jabatan kerajaan, institusi kewangan, bangunan-bangunan sektor swasta dan korporat dapat membantu generasi akan datang menghayati dan mencintai seni arca. Mencintai khazanah seni sebagai bahan artifak sejarah, budaya dan kesenian bangsa adalah penghormatan yang termulia. Justeru itu penyediaan ruang dan penghormatan kepada arcawan mengabadikan hasil seni arca di persekitaran masyarakat dapat membantu mengangkat martabat seni. Biarpun arca yang simbolis, kelihatan simple tetapi cukup memberi erti kepada kesedaran seni.